Jumaat, 9 Disember 2011

ADAKAH ANDA TERLIBAT DENGAN CINTA MUKAKITAB?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bila dengar sahaja tajuk mesti bermacam tafsiran apa itu Cinta Muka Kitab.Mungkin orang tahu apa itu lagu cinta Mukabuku tapi sekali lagi saya tegaskan di pihak kerajaan ini adalah cinta MUKAKITAB.tetapi bukanlah kitab yang muka kulitnya dicintai.bukan juga berniat untuk menjadi composer kedua Najwa Latiff apatah lagi dijadikan tajuk lagu single yang bakal diduetkan bersama Najwa.

Buka Hati, Buka Fikiran,Buka plastik kuaci..

Mari Muhasabah seikhlasnya..

Cinta Muka buku:

Cinta yang berkenalan dari laman buku, lelaki tu ugut hantar pesan suh pompuan tu terima dia.. ooh..hati perempuan tu terasa sesuatu..pastu dia neves camna nk bersua, dia gementar tp bahagia.pastu banyak persoalan yang berada di minda dia..(seperti Kata Tanya,Kata kerja,Otak kata jangan, hati kata ya) tu yang membuatkan dia x menentu.n then dia Tanya kat diri dia sendiri ‘’adakah ini CINTA?’’

Cinta Muka Kitab:

Cinta yang seiring di jalan dakwan ex. 2x5 je macam cinta Muka Buku tetapi mungkin versi nya Islamik sedikit. Mungkin datang dari share, like, perkongsian ilmu agama.

Jangan dahulu menghukum melalui emosi..
Teruskan mengopek kuaci anda..


Zaman sekarang pergi mana2 pun ada Fb, Fb dan Fb, pendakwah2 di alam siber pun makin bijak memainkan peranan.Maka dengan itu semakin pesat lah penyebaran dakwah di Fb, maka pendakwah2 dari kalangan siswa siswi, student mahupun belia yang ampuh mujahadahnya berjuang habis2 an di medan Muka Buku untuk menyebar ilmu dan bercucuk tanam ilmu di laman sesawang ini.


Tetapi harus diakui bahawa golongan siswa siswi yang berdakwah bukanlah maksum. Mereka juga ada gelora perasaan yang ingin menyayangi, adalah sesuatu yang normal dalam usia remaja.Fitrah sebagai manusia mempunyai perasaan sebegitu walaupun anda berkecimpung di medan tarbiyah sekalipun.Zaman remaja berdarah muda.maka jangan di jadi pesimis terlalu cepat menghukum.samada Muka buku atau Muka kitab, peranannya sama sahaja. Terpulang kepada otak anda dan husnuzon anda untuk mentafsir.


Salam Ukhwah Fillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan