sedarkah kita ??
sedarlah bahawa kita
sedang hidup di DUNIA, tempat yang banyak CUBAANNYA.
sini bukan SYURGA, untuk
kau dakap segala yang kau inginkan semudah kata,
sini adalah DUNIA yang
menagih perjuangan untuk mendapatkan sesuatu yang berharga....
dan kerana
kita berada di perut DUNIA,
kita berdepan dugaan yang mengusik tatkala
sesuatu usaha tidak berhasil seperti yang dipinta.
tetapi, SYUKUR perlu
memenuhi jiwa atas segala pemberianNya.
biarpun, di DUNIA kita jauh
dari sesuatu yang diimpi, semoga SYUKUR yang kita bajai di jiwa menjadi harta
untuk kita membeli kembali impian yang kita ingin tadi ketika di ALAM
SANA,inshaAllah....sesungguhnya,ALLAH
MAHA KAYA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan